7 Kelebihan Seks Waktu Pagi – Nombor 5 Paling Best

Apa yang anda berdua buat waktu pagi lepas bangun tidur? Menghadap phone, minum kopi atau terus mandi? Bagaimana jika lepas ni anda berdua luangkan waktu pagi dengan hubungan seks yang sihat.

Seks waktu pagi
Banyak kelebihan seks di waktu pagi yang ramai tak tahu

Kelebihan Seks Waktu Pagi

Banyak manfaat dan kelebihan seks waktu pagi yang ramai pasangan suami isteri tak tahu. Kelebihan-kelebihan ini bukan sahaja boleh merapatkan hubungan suami isteri, tetapi juga boleh membantu dari aspek kesihatan anda berdua.

Jom kita lihat apa kelebihan seks pada pagi hari yang akan anda berdua alami.

Senaman Yang Lengkap

Ya, seks di pagi hari adalah salah satu aktiviti senaman yang hampir lengkap. Tahu tak aktiviti seks boleh membakar sehingga 200 kalori – sama seperti anda berjoging selama 15 minit.

Jadi, apa salahnya anda gantikan rutin senaman pagi anda dengan aktiviti seks di ranjang. Jika seminggu anda berdua amalkan seks waktu pagi, setahun anda dah bakar 7,500 kalori – sama seperti anda berlari sejauh 120km.

Aktiviti seks boleh membakar sehingga 200 kalori - sama seperti berlari selama 15 minit! Click To Tweet

Seks Lebih Hebat di Waktu Pagi

Kenapa seks waktu pagi lebih hebat? Pertama anda berdua baru sahaja melalui waktu rehat yang cukup ketika tidur, jadi anda berdua lebih bertenaga dan bersedia.

Lelaki pula akan mengalami ketegangan zakar yang maksimum pada waktu pagi. Keadaan ini dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence (NPT), iaitu ketegangan zakar luar kawal.

Faktor-faktor ini dengan mudah boleh menjadikan hubungan seks waktu pagi anda berdua lebih hebat dan nikmat.

Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan

Rutin seks waktu pagi boleh elakkan anda dari demam dan selsema. Ini betul untuk sebarang aktiviti fizikal pada waktu pagi.

Tetapi, aktiviti bersetubuh pada waktu pagi lebih istimewa kerana aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan daya tahan tubuh anda berdua, tetapi dapat buat anda berdua lebih bersinar-sinar keceriaan.

Tak Perlu Lagi Kafeina

Bagi mereka yang ingin kurangkan pengambilan kopi di waktu pagi, cubalah aktiviti seks waktu pagi. Kajian menunjukkan hubungan kelamin dengan pasangan anda pada waktu pagi boleh beri kesan yang sama dengan pengambilan kafeina – kopi atau teh.

Tetapi kesan ini dalam bentuk yang sihat, seperti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan menguatkan otot-otot tubuh.

Kelihatan Lebih Muda

Hormon DHEA adalah hormon anti-penuaan yang berfungsi untuk mengurangkan kesan penuaan pada tubuh manusia. Hormon dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita, tetapi akan berkurang selari dengan meningkatnya usia.

Yang menariknya, seks waktu pagi akan membantu sebagai “booster” kepada hormon DHEA ini. Hormon DHEA dalam darah akan meningkat sehingga 5 kali ganda selepas setiap kali anda orgasma.

Petua awet muda? Seks di waktu pagi!

Rembesan Oxytocin

Oxytocin pula adalah bahan kimia yang dirembeskan oleh tubuh selepas aktiviti seks. Oxytocin berfungsi untuk buat anda lebih tenang dan gembira. Bila lagi waktu terbaik untuk buat anda berdua tenang dan gembira selain daripada waktu pagi?

Buat Anda Berdua Lebih Tenang

Selain oxytocin, para pengkaji dari Universiti Cincinnati, Amerika Syarikat mendapati rutin hubungan seks waktu pagi adalah penghilang stress semula jadi. Dalam sesetengah kes mereka mendapati keadaan tenang tanpa stress ini boleh berlanjutan sehingga 7 hari selepas aktiviti seks di waktu pagi. Wow!

Jadi tunggu apa lagi. Masukkan hubungan kelamin di waktu pagi sebagai salah satu rutin anda berdua. Tak perlu teragak-agak lagi – banyak kelebihan yang boleh anda berdua alami dengan aktiviti sihat ini.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.