Hukum Menjilat Kemaluan Isteri – Boleh ke Tak Dalam Islam?

Boleh ke tak jilat kemaluan isteri? Soalan ini adalah antara soalan yang paling kerap ditanyakan kepada saya.

Sudah pasti jawapan saya ialah “boleh”, tapi kena betullah tata tertib dan tekniknya. Bukan main redah jer.

Hukum menjilat kemaluan isteri

Tetapi, terdapat konflik yang timbul apabila saya memberikan jawapan sebegitu

Laman web ini adalah laman web yang memberi tip dan panduan kepada pasangan suami isteri untuk meningkatkan kebahagiaan dalam hubungan seks – dan juga menggalakkan aktiviti seks sihat.

Saya menubuhkan laman web ini kerana sangat kurang informasi sebegini di dalam Bahasa Melayu. Maklumlah, topik ini adalah topik yang teramat sensitif di kalangan masyarakat kita, yang penuh dengan adab dan tertib.

Tetapi malangnya paling ramai hipokrit juga adalah di kalangan masyarakat kita.

Oleh kerana laman web ini adalah di dalam Bahasa Melayu, saya andaikan majoriti pengunjung laman web ini adalah bangsa Melayu yang beragama Islam.

Moga-moga Islam sejati, bukan Islam celup.

Ramai ustaz dan ustazah YouTube yang mengeluarkan fakta dan hukum yang menidakkan aktiviti seks oral ini. Ada yang mengatakan perbuatan ini jijik dan haram – tetapi ada pula yang mengatakan harus.

Saya bukanlah seorang yang berkelayakan untuk membincangkan hal hukum, jauh sekali bab halal dan haram di dalam agama.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah dibincangkan secara terperinci oleh para ulama di negara kita, dan mereka telah mengeluarkan kesimpulan tentang hukum menjilat kemaluan isteri untuk rujukan masyarakat Malaysia.

Apa yang boleh saya tulis ialah perbincangan daripada para ilmuan ini. Mereka lebih tahu.

Hukum Menjilat Kemaluan Isteri dari Sudut Agama

Seperti yang saya katakan, masih ramai yang menganggap perbuatan menjilat kemaluan isteri adalah jijik, dan harus dielakkan.

Ini adalah antara sebab utama yang menyebabkan ramai suami mengelak dari melakukan teknik seks oral kepada isteri mereka.

Mengikut para ulama, perbuatan seks oral kepada isteri – lebih dikenali sebagai “cunnilingus” adalah khilaf. Maksudnya para ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakan haram atau makruh, dan ada pula yang mengatakan ianya harus.

Mari lihat bagaimana para ulama boleh membahagikan hukum menjilat kemaluan isteri kepada dua pendapat yang berbeza.

Menjilat Kemaluan Isteri adalah Haram atau Makruh

Mereka yang meletakkan perbuatan menjilat kemaluan isteri adalah haram berpegang kepada pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Kedua-dua mazhab ini meletakkan air mani lelaki dan wanita sebagai najis.

Mufti Arab Saudi(bahagian selatan), Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi mengeluarkan fatwa seperti berikut:

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (seks oral), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.”

Semua mazhab dalam Islam bersetuju bahawa air mazi yang keluar daripada kemaluan adalah najis.

Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Nasiruddin Albani. Beliau mengeluarkan pendapat:

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadis, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi S.A.W telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Walau bagaimanapun, menurut Ustaz Zaharuddin yang telah mengulas perbahasan ini secara terperinci, beliau dalil yang dikeluarkan oleh Syeikh Albani ini dianggap tidak begitu kukuh.

Beliau berpendapat oleh kerana Syeikh Albani menyamakan perbuatan ini secara umum dengan perilaku binatang, pendapat ini boleh dibahaskan dengan lebih lanjut.

Menjilat Kemaluan Isteri adalah Harus

Mereka yang meletakkan hukum menjilat kemaluan isteri, atau seks oral secara keseluruhan sebagai harus pula berpegang kepada Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali yang meletakkan air mani sebagai suci, dan bukannya najis.

Menurut laman web Islam Online(islamonline.net), Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan seks oral ini.

Menurut beliau adalah harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar dari kemaluan pasangan.

Pendapat ini juga disokong oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr. Ali Al-Jumaah dan Professor Feqah di Universiti Al-Azhar, Dr. Sabri Abdul Ra’ouf.

Mereka berdua berpendapat perbuatan seks oral ini adalah harus jika ia dirasakan perlu untuk memberi kepuasan kepada pasangan suami isteri.

Tambahan mereka lagi, seks oral harus dilakukan sekiranya dengan meninggalkan aktiviti ini, pasangan tidak puas dalam persetubuhan yang boleh menjurus kepada zina.

Kesimpulan Hukum Menjilat Kemaluan Isteri

Melihat dari perbahasan, dan pendapat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak, boleh kita rumuskan secara ringkas bahawa:

  1. Menjilat kemaluan isteri atau seks oral kepada isteri adalah harus sekiranya ia boleh merapatkan hubungan intim suami isteri, dan buat persetubuhan lebih nikmat.
  2. Menjilat kemaluan isteri atau seks oral kepada isteri adalah haram sekiranya suami menelan air mazi atau air mani isteri dan boleh membawa mudarat dari segi kesihatan.

Jadi, oleh kerana perkara ini adalah khilaf, terpulang kepada anda sebagai suami untuk memilih yang mana satu untuk dijadikan amalan.

Jika anda merasakan adalah perlu untuk memasukkan aktiviti seks oral dalam rutin seks anda, dan anda yakin isteri akan lebih puas apabila anda menjilat kemaluan beliau, teruskan dan amalkan perbuatan ini.

Tetapi, seperti yang saya selalu tegaskan sebelum ini, seks oral perlu teknik yang betul. Kebersihan adalah sangat-sangat penting apabila melakukan seks oral.

Anda boleh membaca lebih lanjut berkaitan tip dan teknik menjilat kemaluan isteri yang telah saya tulis sebelum ini.

Klik di sini untuk mengetahui teknik seks oral atau teknik menjilat kemaluan isteri yang betul.

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Email
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.