Isteri Tak Mahu Orgasma, Apa Punca Sebenar?

Orgasma adalah kemuncak yang dinanti-nantikan dalam hubungan intim suami isteri. Malah boleh dikatakan semua pasangan suami isteri meletakkan orgasma sebagai penentu sama ada hubungan seks yang dijalani benar-benar berjaya, atau tidak.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang terjadi situasi di mana isteri sukar untuk orgasma, atau tidak mahu mencapai kemuncak langsung dalam hubungan langsung dalam hubungan seks.

isteri tak mahu orgasma

Isteri Tak Mahu Orgasma

Baru-baru ini, saya menerima komen di artikel Kenapa Isteri Sukar Klimaks yang telah saya tulis sebelum ini.

Komen tersebut berbunyi yang isteri beliau tidak mahu, atau takut untuk klimaks dan orgasma ketika seks. Isteri beliau memberi alasan letih bila klimaks.

Beliau ingin tahu apakah punca sebenar yang menyebabkan situasi tersebut berlaku.

Kenapa Isteri Tak Mahu Orgasma Ketika Seks

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang wanita tak ingin langsung orgasma dalam hubungan seks.

Beberapa faktor yang membuat isteri tak mahu orgasma dalam seks boleh dibahagikan kepada beberapa punca utama.

Beliau terlalu kerap orgasma ketika bersetubuh

Terdapat sesetengah wanita yang mudah untuk klimaks dan orgasma ketika seks. Mungkin keadaan psikologi dan fisiologi wanita terbabit membuat beliau mudah mencapai nikmat kemuncak ketika bersama suami.

Mungkin juga suami beliau begitu pandai beraksi dan memainkan peranan yang membuat beliau mudah untuk orgasma.

Keadaan ini membuat beliau menjadi jemu, dan merasakan orgasma bukanlah faktor penting dalam seks, kerana beliau mengalaminya dengan kerap.

Oleh itu, bagi beliau tidak orgasma dalam hubungan intim di ranjang bukanlah masalah besar, dan tidak mempengaruhi hubungan beliau dan suami.

Beliau lebih mementingkan kepuasan suami

Sesetengah isteri sangat-sangat mementingkan suami mereka. Mereka meletakkan suami jauh lebih penting dari diri mereka sendiri.

Oleh itu, bagi isteri yang termasuk dalam kategori ni, kepuasan suami dalam bersetubuh adalah sangat penting, berbanding kepuasan diri sendiri.

Faktor ini menyebabkan mereka tidak memikirkan langsung tentang orgasma, atau tidak sedar pun yang mereka boleh mencapai kepuasan yang lebih dalam seks dengan orgasma.

Fokus mereka lebih banyak ditumpukan kepada bagaimana hendak membuat suami puas ketika berasmara.

Bagi mereka, tidak mengapa mereka tidak puas, asalkan suami puas dengan layanan mereka dalam seks.

Beliau tidak mahu membuang masa untuk mencapai orgasma

Bagi wanita yang terlalu sibuk dengan aktiviti harian, dan sangat mementingkan masa, orgasma bukanlah perkara yang penting.

Mereka lebih gemar melakukan seks pantas, atau akan mengabaikan seks sekiranya mereka tidak mempunyai masa untuk bersama suami.

Jika mereka menjalani hubungan seks, mereka akan pastikan suami mereka klimaks dengan pantas, dan tidak memikirkan langsung tentang orgasma kerana terlalu fokus terhadap aktiviti yang perlu dilakukan selepas seks.

Ini bukan bermakna isteri tak mahu orgasma. Tetapi masa tidak mengizinkan.

Beliau lebih gemar menumpukan kepada sensasi lain ketika seks

Klimaks dan orgasma ketika seks memang penuh nikmat. Tetapi terdapat juga sensasi dan nikmat lain yang boleh dirasai ketika seks.

Nikmat dan sensasi lain selain orgasma ini lebih mudah dirasai oleh wanita berbanding lelaki. Click To Tweet

Jika lelaki hanya tertumpu kepada klimaks dan ejakulasi untuk mencapai nikmat kemuncak seks, wanita sedikit berbeza.

Sensasi-sensasi lain seperti  bercium, belaian dan sentuhan, atau bersetubuh itu sendiri boleh memberi nikmat yang cukup kepada sesetengah wanita.

Bagi wanita-wanita ini, orgasma cuma salah satu sahaja daripada nikmat-nikmat yang beliau alami ketika seks. Oleh itu tidak mencapai orgasma pun tak apa.

Tubuh beliau tidak memberi kerjasama

Mereka sangat ingin mencapai orgasma yang memberi kepuasan dalam seks, tetapi tubuh mereka tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada perkara ini. Sebagai contoh apabila wanita terbabit sedang dalam proses penyembuhan dari penyakit kronik.

Atau keletihan yang melampau akibat aktiviti lain juga boleh menyumbang kepada faktor ini.

Begitu juga ubat-ubatan atau pemakanan yang mempengaruhi tubuh untuk gagal mencapai orgasma ketika bersama suami.

Perkara ini membuat beliau berputus asa, lalu mengabaikan terus orgasma. Beliau lebih senang menumpukan kepada sesi bersetubuh bersama suami dan tidak memikirkan langsung tentang orgasma.

Sebagai Suami, Perlukah Anda Risau?

Sebagai suami, sudah pasti membuat isteri puas di ranjang adalah misi utama anda. Dayus jika anda hanya memikirkan kepuasan sendiri tanpa memberi perhatian kepada keperluan isteri ketika bersetubuh.

Walau bagaimanapun, jika isteri anda tergolong di dalam golongan seperti di atas, anda mungkin perlu mengubah sedikit persepsi anda dalam hubungan seks.

Tetapi ini tidak bermakna anda tidak perlu berusaha untuk membuat isteri orgasma. Mungkin anda perlu bekerja sedikit keras dan mencuba teknik-teknik baru di ranjang.

Sebelum ini, saya telah menulis tip bagaimana untuk memberi kepuasan kepada isteri ketika bersetubuh. Anda perlu baca tip ini jika anda ingin membuat isteri mencapai kepuasan dalam hubungan seks.

Klik untuk mengetahui cara memuaskan nafsu isteri yang sebenar.

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Email
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.