7 Cara Goda Suami Dengan Bahasa Tubuh – Mudah, Praktikal, Terbukti Berkesan

Kali ini saya ingin beri 7 cara goda suami dengan bahasa tubuh yang sangat mudah, semua isteri boleh melakukannya.

Semua isteri ingin sentiasa disayangi suami. Saya pasti anda juga tidak terkecuali. Tetapi kadang-kala kita terlalu sibuk untuk memikirkan bagaimana untuk menggoda suami. Maklumlah dengan kerjaya dan anak-anak.

Kadang-kadang tu sampai tiada masa langsung untuk suami.

Bertuahlah anda jika suami jenis yang memahami, dan faham dengan kesibukan anda di pejabat, mahupun di rumah. Tetapi masalah pula jika suami seorang yang cerewet dan sering menarik muka masam sekiranya beliau berasa diri diabaikan.

Cara goda suami dengan bahasa tubuh

Tak Susah Nak Goda Suami

Sebenarnya nak goda suami tak sesukar seperti yang anda bayangkan.

Benar teknik-teknik menggoda suami seperti menyediakan diri dengan rapi, dan mengenakan baju tidur seksi terbukti berkesan, tetapi teknik-teknik ini memerlukan masa dan persediaan.

Mungkin sukar dilaksanakan bagi mereka yang sibuk.

Sebenarnya terdapat cara goda suami yang lebih mudah, dan tidak memerlukan sebarang persediaan yang menyusahkan.

Cara goda suami ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlukan modal. Caranya ialah dengan menggunakan bahasa tubuh anda, atau body language.

Goda Suami Dengan Bahasa Tubuh

Mengikut wikipedia, body language adalah proses komunikasi yang dilakukan secara sedar atau tidak melalui gerakan tubuh.

Ini bermaksud hasrat atau keinginan anda disuarakan dengan gerakan-gerakan tubuh anda, tanpa sebarang kata-kata.

Seorang individu yang mahir dengan bahasa tubuh secara mudah dapat mengawal situasi dengan gerakan tubuh beliau. Click To Tweet

Menarik kan, goda suami tanpa kata-kata, hanya dengan gerakan tubuh.

7 Cara Goda Suami Dengan Bahasa Tubuh

Sebenarnya banyak teknik bahasa tubuh yang boleh anda gunakan untuk menggoda suami. Malah mungkin anda sendiri telah melakukannya tanpa anda sedari.

Di sini saya berikan 7 cara menggoda suami dengan menggunakan bahasa tubuh yang boleh anda praktikkan.

1. Belai Rambut di Hadapan Suami

Belai rambut anda dengan tangan ketika berada di hadapan suami. Lakukan secara semula jadi, seperti anda ingin merapikan rambut anda. Jangan buat seperti dipaksa-paksa, biarkan ia berlaku seperti yang selalu anda lakukan.

Gerakan bahasa tubuh ini akan menghantar isyarat kepada suami yang anda kelihatan lebih menarik di mata suami.

2. Tonjolkan Leher Anda

Semasa anda menyisir dan membelai rambut anda, condongkan sedikit kepala untuk menampakkan leher anda.

Leher anda sebenarnya adalah salah satu bahagian pada tubuh yang boleh menaikkan nafsu suami, tanpa beliau sedar. Wanita yang menonjolkan leher pada pasangan mereka juga menunjukkan mereka berkeinginan kepada pasangan mereka.

Anda juga boleh mengenakan subang kecil untuk lebih menarik perhatian suami.

3. Gigitan Kecil Bibir

Ketika anda berbual dengan suami, gigit bibir anda. Tetapi jangan terlalu lama. Lakukan sekejap sahaja. Buat seperti anda sedang berfikir, atau pandai-pandailah.

Anda juga boleh membasahkan bibir dengan menjilat bibir sebelum berbual dengan suami. Perbuatan ini akan membuatkan bibir anda kelihatan lebih seksi di mata suami.

Gerakan bahasa tubuh ini sangat hebat kuasanya untuk membuat suami ghairah. Gerakan ini juga menghantar isyarat kepada suami yang anda ingin dibelai oleh beliau.

4. Sentuhan Kecil Pada Tubuh Suami

Gerakan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, contohnya seperti anda berdua sedang menonton TV. Anda boleh menyentuh lembut tangan suami, atau menepuk lembut bahu suami.

Atau rehatkan kepala anda pada bahu suami. Sentuhan tidak semestinya hanya dilakukan dengan tangan. Bagaimana pula jika anda gesel paha anda pada paha suami. Lakukan supaya ianya kelihatan semula jadi.

Perbuatan-perbuatan ini akan memberitahu suami yang anda inginkan lebih. Secara tak sedar tubuh suami anda akan bertindak balas dengan setiap sentuhan anda.

5. Hubungan Mata

Hubungan mata atau ‘eye contact’ adalah teknik yang hebat sebagai salah satu cara goda suami. Mata takkan menipu!

Hubungan mata adalah cara untuk menyuarakan hasrat anda kepada suami, tanpa sebarang kata-kata. Hanya perlu hubungan mata, niat yang ikhlas, dan sentuhan lembut pada tubuh suami.

Selepas ini cuba suarakan hasrat anda hanya dengan hubungan mata anda. Jangan lupa untuk senyum, atau jarakkan sedikit bibir untuk menunjukkan hasrat ghairah anda.

6. Tubuh Seksi

Badan saya gemuk, terlaku kurus, banyak lemak… tak kisahlah anda gemuk atau kurus. Sebenarnya tubuh anda sentiasa menarik di mata suami.

Mungkin beliau jarang menyuarakannya, tetapi ini adalah fakta. Jadi kenapa kadang-kadang beliau tidak ghairah apabila melihat tubuh anda?

Masalah utama di sini ialah penampilan anda, bukan bentuk tubuh anda. Lelaki dijadikan untuk bernafsu kepada tubuh wanita, tak kira saiz, rupa, bentuk. Tetapi anda sebagai wanita perlu tahu bagaimana untuk menonjolkan aset anda di hadapan suami.

Tak perlu mengeluarkan modal untuk baju tidur seksi. Berkemban, tidak memakai bra dan mengenakan baju jarang, mengenakan seluar pendek yang ketat, semua ini boleh menaikkan nafsu suami hanya dengan penampilan anda.

Baiki postur diri anda. Tubuh yang tegak dengan postur yang baik sangat seksi di mata lelaki. Jangan lupa untuk melenggok di hadapan suami.

Bila-bila masa sahaja anda boleh melakukan gerakan bahasa tubuh yang ini sebagai salah satu cara menggoda suami.

7. Haruman Segar

Bukan hanya sentuhan tubuh yang boleh anda gunakan untuk menggoda suami. Suami anda mempunyai deria lain yang boleh anda manipulasi untuk membuat beliau bernafsu.

Salah satu cara yang berkesan ialah dengan bau-bauan.

Saya tidak maksudkan pewangi yang mahal, cukup sekadar bau segar pada tubuh anda selepas anda mandi. Anda mungkin tidak perasan, tetapi bau tubuh anda selepas mandi boleh membuat suami ghairah tanpa beliau sedari.

Tambahan pula bau rambut yang baru di syampu. Bau tubuh anda ini akan membuat suami menginginkan anda.

Jangan Sekadar Baca, Amalkan!

Saya tahu kadang-kala sukar untuk anda mengambil langkah pertama untuk mencuba tip yang saya berikan ini.

Tetapi teknik-teknik goda suami dengan bahasa tubuh ini sangat mudah, dan anda perlu melakukannya. Saya pasti anda pernah melakukan tip-tip yang saya berikan ini tanpa anda sedari sebelum ini.

Kali ini, beri perhatian lebih kepada gerakan tubuh anda. Gunakan kuasa bahasa tubuh ini untuk menggoda suami supaya beliau sentiasa tertarik kepada anda.

Jika anda ingin belajar lebih tentang bahasa tubuh, dan bagaimana ilmu yang jarang diketahui umum ini boleh digunakan untuk membuat suami tertawan, anda boleh dapatkan panduan E-Buku Seni Bahasa Tubuh yang saya berikan sebagai bonus percuma dengan Panduan Seni Ciuman.

Panduan ini adalah panduan lengkap ilmu bahasa tubuh yang bukan sahaja boleh digunakan untuk menggoda suami, tetapi juga boleh anda aplikasikan dalam kehidupan harian anda.

Klik di sini kalau anda nak tahu bagaimana hanya dengan mempelajari bahasa tubuh boleh membuat anda sentiasa kelihatan menawan di mata suami.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

1 thought on “7 Cara Goda Suami Dengan Bahasa Tubuh – Mudah, Praktikal, Terbukti Berkesan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.