Posisi Seks Terbaik Untuk Isteri Puaskan Suami – Tip Untuk Isteri

Apakah posisi seks terbaik untuk isteri puaskan suami?

Sejak saya menulis artikel cara-cara menggoda suami untuk seks hebat beberapa hari lepas, saya menerima banyak email dari para isteri meminta lebih nasihat dan panduan untuk menggoda suami mereka. Mereka juga ingin tahu bagaimana untuk memuaskan suami ketika berasamara di ranjang.

Banyak caranya. Saya akan berikan satu persatu dalam tips dan panduan yang akan datang. Kali ini saya ingin memberi panduan kepada para isteri, bagaimana untuk memilih posisi seks terbaik untuk isteri puaskan suami.

posisi seks terbaik untuk isteri puaskan suami

Kelebihan posisi seks

Jika anda telah lama mengikuti laman web ini, anda pasti telah tahu saya banyak memberi tips dan panduan berkaitan posisi seks, atau posisi jimak di artikel:

Saya juga sering menekankan kenapa posisi seks memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan seks suami isteri.

Tetapi bagi yang baru menemui laman web ini, anda harus tahu kenapa posisi seks adalah salah satu kunci untuk memberi kepuasan kepada suami anda di ranjang.

Mempelbagaikan posisi seks

Ramai pasangan yang hanya puas dan selesa dengan dua atau tiga posisi seks ketika berasmara. Mereka tidak mencuba posisi-posisi seks yang baru kerana bagi mereka tidak perlu dan posisi seks tidak penting. Cukup sekadar dua tiga posisi seks sehingga klimaks dan masing-masing puas.

Rugi sekali kerana mereka tidak memanfaatkan kelebihan-kelebihan yang boleh mereka alami dengan mempelbagaikan posisi seks.

Dengan mempelbagaikan posisi seks ketika berasmara, anda bukan sahaja dapat mengalami nikmat baru yang belum pernah anda rasai sebelum ini dengan posisi-posisi seks rutin, tetapi anda juga akan dapat memberi pembaharuan dalam hubungan seks suami isteri.

Seperti yang anda tahu, dan sering saya katakan, pembaharuan dalam aktiviti seks adalah sesuatu yang baik. Terutamanya jika pembaharuan tersebut memberi lebih nikmat dan membuat pasangan suami isteri menjadi lebih intim.

Memilih posisi seks yang sesuai

Mempelbagaikan posisi seks letika berasmara adalah salah satu tips yang paling mudah untuk memberi pembaharuan dan nikmat baru dalam hubungan seks suami isteri.

Tetapi takkanlah anda dan pasangan nak mempraktikkan kesemua posisi seks ketika berjimak. Jika anda masih tak tahu, bukan terdapat tiga atau empat posisi seks, tetapi banyak! Saya pasti anda takkan dapat mempraktikkan semuanya dalam sessi seks anda.

Oleh itu adalah penting anda dan pasangan memilih posisi seks yang sesuai dengan anda berdua.

Memilih posisi seks yang sesuai untuk anda berdua akan memberikan nikmat maksima dalam hubungan seks. Ini fakta yang tidak dapat disangkal. Posisi seks sesuai yang saya maksudkan di sini ialah posisi seks yang sesuai dengan keadaan fizikal anda dan pasangan, termasuk saiz organ seksual anda berdua.

Posisi seks terbaik untuk isteri puaskan suami

Sebelum ini saya hanya menulis tips khusus kepada para suami, sesuai dengan motto laman web ini, iaitu “Teknik puaskan isteri”. Tetapi saya pasti para isteri juga inginkan tips dan panduan bagaimana untuk memuaskan suami mereka di ranjang.

Seringkali ketika berasmara, hanya para suami yang memilih posisi seks yang ingin dipraktikkan dengan isteri. Saya rasa anda sebagai isteri jarang menentukan posisi-posisi seks ketika berasmara.

Tidak menjadi masalah sekiranya anda selesa dengan situasi. Tetapi kadangkala apa salahnya anda sebagai isteri pula yang memilih posisi seks untuk anda berdua.

Sebelum anda mula memilih posisi-posisi seks yang anda rasakan dapat memberi kepuasan kepada anda dan suami, anda mungkin ingin membaca tips yang saya berikan ini untuk membantu anda membuat pilihan.

Kenali karekter suami di ranjang

posisi seks terbaik untuk isteri
Kenali karekter suami di ranjang

Aktiviti seks adalah aktiviti yang bukan sahaja fizikal, tetapi berkait rapat dengan mental dan emosi. Oleh itu amat penting untuk anda mengenali karekter suami anda di ranjang.

Terdapat lelaki yang karekter mereka akan berubah sepenuhnya ketika aktiviti seks.

Sebagai contoh, jika mereka berpewatakan tenang dan lemah lembut dalam aktiviti seharian, tidak mustahil mereka akan berubah menjadi rakus dan kasar ketika seks. Sebaliknya juga lelaki yang kasar dalam aktiviti seharian, tetapi berubah menjadi romantik, lemah lembut, pijak semut pun tak mati ketika melayan isteri mereka di ranjang.

Ini adalah normal dan bukan sesuatu yang perlu dirisaukan atau dianggap pelik.

Terdapat  beberapa kes di mana pasangan menahan diri dari menunjukkan karekter sebenar ketika seks. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti perasaan malu, tidak yakin dengan diri sendiri, dan tidak meletakkan sepenuhya kepercayaan kepada pasangan.

Oleh itu adalah penting anda sebagai isteri mengambil inisiatif untuk mengenali karekter sebenar suami anda di ranjang untuk membolehkan anda memilih posisi seks terbaik ketika berasmara.

Kelebihan dan kelemahan organ seks

posisi seks terbaik untuk isteri
Zakar besar juga ada kelemahan

Setiap individu adalah unik, anda dan suami tidak terkecuali. Keunikan di sini merangkumi faktor fizikal dan juga mental. Namun apa yang ingin saya sentuh di sini ialah faktor fizikal, iaitu organ seks anda dan suami.

Sebenarnya faktor fizikal, iaitu saiz dan bentuk organ seks seperti zakar dan faraj tidak memainkan peranan penting untuk menentukan tahap kepuasan hubungan seks.

Jika anda ingat zakar besar akan memberi kepuasan sepenuhnya kepada pasangan, besar kemungkinan anda salah.

Di sini saya ingin berikan satu fakta yang mungkin ramai yang tak setuju, tetapi fakta adalah fakta. Kebanyakkan zakar yang bersaiz besar sukar untuk mencapai kekerasan sepenuhnya.

Kenapa? Lebih besar saiz zakar, lebih banyak otot-otot yang terdapat pada zakar. Ini menyebabkan tubuh terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah kepada otot-otot tersebut untuk membuat zakar keras.

Ini tidak menjadi masalah sekiranya tuan punya zakar yang besar sihat tubuh badan, tetapi jika tuan punya zakar yang besar kurang stamina, dan tidak berada pada kesihatan puncak, zakar yang besar tidak akan keras ke tahap yang sepatutnya.

Zakar yang besar juga akan mengakibatkan tuan punya zakar bekerja lebih keras ketika seks. Jadi jangan ingat mereka yang mempunyai zakar besar itu bertuah, dan sebaliknya.

Jadi apa yang lebih penting untuk mencapai kepuasan dalam hubungan seks adalah teknik, bukan saiz zakar, dan sebagainya. Dan salah satu teknik terbaik yang boleh menentukan sama ada anda dan pasangan mencapai kepuasan ketika persetubuhan adalah posisi seks yang sesuai.

Posisi seks terbaik

Pada masa sekarang banyak posisi seks yang telah dicipta dengan tujuan untuk memberi kenikmatan yang berbeza ketika seks. Kebanyakkan posisi-posisi seks ini akan memberi kelainan dan pengalaman yang baru kepada anda dan pasangan dalam aktiviti persetubuhan.

Tetapi antara posisi-posisi seks ini, yang manakah posisi seks terbaik untuk isteri puaskan suami?

Berbalik kepada bahagian mengenali karekter suami yang telah saya bincangkan sebelum ini. Jika anda mengenali karekter suami anda diranjang, ini boleh dijadikan panduan untuk memilih posisi seks untuk anda praktikkan ketika berasmara.

Sebagai contoh, jika suami anda lebih gemar memberi arahan, dan berkuasa ketika seks, posisi seks yang menyerupai situasi ini adalah posisi seks terbaik untuk memuaskan suami anda.

Contoh posisi-posisi seks ini ialah posisi-posisi seks seperti posisi seks missionary, posisi seks doggy, variasi posisi seks missionary dan sebagainya. Posisi-posisi seks ini membuat suami anda berasa beliau mengawal situasi, dan ini secara tidak langsung akan membuat beliau lebih puas dalam aktiviti persetubuhan.

Begitu juga sekiranya anda lebih gemar dikawal dan menerima arahan ketika berjimak. Sudah pasti posisi-posisi seks yang sesuai untuk karekter suami yang sebegini adalah posisi-posisi seks di mana anda mengawal keadaan, seperti variasi posisi seks “woman on top”, atau wanita di atas.

Bagaimana pula sekiranya suami anda seorang yang romantik dan gemarkan hubungan seks yang intim? Sudah pasti anda perlu memilih posisi seks yang romantik, seperti posisi seks spoon, atau variasi posisi seks missionary yang melibatkan pelukan dan cumbuan. Atau anda berdua boleh memilih posisi seks “half lotus”, di mana suami bersila atau melunjurkan kaki, dan anda duduk perlahan-lahan di atas suami sambil memeluk dan bercumbu.

Ini adalah antara contoh posisi-posisi seks romantik dan intim yang boleh anda praktikkan bersama suami.

Pendek kata pemilihan posisi seks terbaik untuk isteri puaskan suami adalah dengan mengenali karekter suami anda, dan memilih posisi seks yang sesuai dengan karekter beliau.

Panduan posisi seks

Saya tahu agak sukar untuk menentukan posisi seks terbaik yang perlu anda pilih untuk memberi kepuasan kepada suami di ranjang. Oleh itu saya telah menyediakan panduan posisi-posisi seks terbaik yang dipilih dari empat kitab panduan asmara silam.

Posisi-posisi seks ini adalah antara posisi seks yang telah terbukti boleh memberi kepuasan maksima kepada isteri, mahupun suami ketika berasmara. Malah boleh dikatakan posisi-posisi seks ini adalah asas kepada posisi-posisi seks moden yang dicipta pada masa sekarang.

Anda boleh mendapatkan panduan ini untuk dijadikan rujukan dalam proses memilih posisi seks terbaik untuk memuaskan suami di ranjang.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana panduan posisi seks ini dapat membantu anda memuaskan suami ketika berjimak

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

4 thoughts on “Posisi Seks Terbaik Untuk Isteri Puaskan Suami – Tip Untuk Isteri”

  1. Suami istri yg pengen mendapatkan kehidupan seksual yg potensial/hebat kalau mau lakukan saja terapi urin,nanti suami akan perkasa dan tahan lama,istri akan selalu bergairah.kalau ingin tahu terapi urin bisa cari digoogle/yahoo dengan ketik terapi urin.ok

  2. Ilmu yg berguna dan baik untuk pasangan. Bagaimana pun pasangan perempuan perlu berkongsi posisi yang disukainya dengan lelaki sebelum melakukan untuk nikmat klimaks berganda..

  3. Saya ibu muda yg sedang bingung dan resah kata suami say saya membosankan dan tdak bisa membri kepuasan kepda suamiku. . .mhon bantuanya

  4. Baru sempet baca postingan ini hari ini, dan ternyata kontennya menarik banget.

    Kayaknya aku akan sering mampir di mari, semangat update terus kontennya ya
    min.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.