G-Spot Wanita Melayu – Berbeza Dari Bangsa Lain?

G-Spot wanita melayu? Jangan ketawa kerana topik kali ini agak kelakar. Malah saya sendiri masih hairan bagaimana boleh timbul topik ini.

Nak dijadikan cerita saya menerima satu email daripada pembaca laman web ini yang bertanyakan soalan sama ada G-Spot wanita melayu adalah berbeza dengan G-Spot wanita bangsa lain di dunia. Boleh ke gitu?

Jawapannya sudah pasti tidak!

g-spot wanita melayu

G-Spot wanita melayu tiada beza dengan bangsa lain

G-spot seperti yang anda ketahui terdapat pada setiap wanita di dunia, tidak kira bangsa. Dan boleh dikatakan saiz dan lokasi G-Spot adalah hampir sama bagi setiap wanita. Walaupun terdapat kes-kes terpencil di mana saiz dan lokasi G-Spot jauh berbeza daripada saiz dan lokasi G-spot normal.

Bagi yang masih tak tahu apa itu G-Spot, baca Apa itu G-Spot dan artikel G-Spot & Pancutan Wanita.

Jadi tidak timbul persoalan adakah g-spot wanita melayu berbeza dengan g-spot wanita lain di dunia.

Setelah menyiasat sebenarnya soalan tersebut timbul kerana beliau gagal untuk mencari titik G-Spot isteri beliau walaupun pelbagai cara dan teknik telah beliau lakukan.

Gagal mencari G-Spot isteri

Sebelum ini saya telah memberi banyak petua, tips dan teknik bagaimana untuk mencari lokasi G-Spot isteri anda. Malah saya telah bincangkan dengan terperinci pada panduan yang lepas.

Oleh itu menjadi masalah sekiranya anda telah membaca panduan tersebut dan masih gagal untuk mengenalpasti lokasi G-Spot isteri anda.

Atau anda tak baca pun?

Walaubagaimanapun kerana masih ada para suami yang masih gagal untuk mencari lokasi G-Spot isteri mereka, saya dapat buat kesimpulan bahawa perkara ini terjadi kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para suami, menyebabkan mereka gagal untuk mengesan lokasi G-Spot isteri mereka.

G-spot tidak menonjol

Ini adalah antara kesalahan yang sering dilakukan oleh para suami ketika cuba mencari lokasi G-Spot isteri mereka. Fakta penting yang perlu anda sematkan di dalam minda anda ialah;

G-Spot isteri anda tidak akan membesar, membengkak, dan menonjol sekiranya isteri anda tidak benar-benar terangsang

Oleh itu walaupun anda meluangkan masa berjam-jam menerjah lubang faraj isteri anda untuk mencari titik G-Spot isteri anda, anda akan gagal sekiranya isteri anda belum bernafsu, dan tidak bersedia sepenuhnya.

Jadi pastikan anda membuat isteri anda benar-benar terangsang, tips paling mudah ialah faraj isteri anda basah sepenuhnya sebelum anda mula menjalankan misi mencari titik G-Spot isteri anda.

Jika anda inginkan bantuan bagaimana untuk membuat isteri anda benar-benar bernafsu dan terangsang, dapatkan panduan 50 Teknik Foreplay

Menekan terlalu kuat

Seperti yang anda tahu tekstur dalaman lubang faraj isteri anda sangat-sangat lembut, ini juga merangkumi G-Spot isteri anda. Oleh itu jika anda menekan dengan terlalu kuat dalam proses mencari G-Spot isteri, sudah pasti anda tidak akan menjumpainya.

Saya tahu agak sukar untuk tidak menekan lubang faraj isteri, tambahan pula sekiranya lubang faraj isteri anda kecil dan ketat. Tetapi jangan risau ada tekniknya jika faraj isteri anda tergolong dalam kategori ini.

Teknik untuk mencari lokasi G-Spot isteri sekiranya faraj isteri anda ketat ialah dengan memasukkan jari anda ke dalam lubang faraj isteri, kemudian perlahan-lahan tolak jari anda ke bawah.

Ini akan memberi ruang pada bahagian atas lubang faraj dan anda boleh mula menggerakkan jari anda dengan menyentuh lembut permukaan atas lubang faraj sehingga anda menjumpai titik G-Spot isteri anda.

Posisi yang salah

Ini juga kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan suami isteri ketika dalam misi mencari lokasi titik G-Spot. Seperti yang telah jelaskan dalam artikel-artikel yang lepas, posisi terbaik untuk mencari G-Spot isteri adalah dengan isteri berbaring, dan membengkokkan sedikit kaki, dalam erti kata lain seperti pada ‘Posisi Jimak Missionary’ asas.

Tidak perlu posisi yang pelik-pelik. Ini adalah posisi asas dan adalah posisi yang paling mudah dan efektif untuk melaksanakan misi mencari G-Spot isteri.

Dalam posisi ini ketika G-Spot isteri anda membesar dan membengkak, secara automatik titik G-Spot tersebut akan menonjol ke bawah dan memudahkan jari anda untuk mengesan lokasi titik G-Spot tersebut.

Take it easy, slow and steady

Saya tahu agak mengecewakan sekiranya anda telah mencuba pelbagai teknik dan kaedah tetapi masih gagal mencari titik G-Spot isteri anda.

Jangan kecewa. Mungkin isteri anda tergolong dalam kategori wanita yang titik G-Spot beliau masih malu-malu untuk menonjolkan diri kepada anda. Satu rahsia yang perlu anda tahu, titik G-Spot setiap wanita akan membesar selari dengan usia beliau.

Ini bukan sahaja tertakluk kepada titik G-Spot, tetapi juga kepada organ seksual yang lain pada tubuh isteri anda, seperti puting payudara, biji kelentit, bibir faraj, dan sebagainya.

Oleh itu teruskan usaha anda untuk mengenalpasti lokasi titik G-Spot isteri anda. Anda harus bersabar dan percaya kerana jika anda sudah benar-benar mengetahui di mana lokasi titik G-Spot isteri anda, ganjarannya amat lumayan. Dengan mudah anda akan dapat membuatkan isteri anda klimaks hanya dengan bermain-main dengan titik G-Spot beliau.

Selamat mencuba!

Oh ya, jika anda inginkan ilmu-ilmu yang dijamin boleh membuatkan isteri anda terangsang dan klimaks di ranjang, anda boleh dapatkan Panduan Kamasutra Bergambar atau Panduan Seni Ciuman. Ilmu-ilmu seks yang terkandung di dalam kedua-dua panduan ini adalah himpunan koleksi ilmu terbaik yang boleh meningkatkan hubungan seksual anda berdua ke tahap yang belum pernah anda alami.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

4 thoughts on “G-Spot Wanita Melayu – Berbeza Dari Bangsa Lain?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.