Biji Kelentit atau G-Spot Untuk Pancutkan Isteri? Bahagian 2

Pada artikel yang lalu, iaitu Bahagian 1 “Biji Kelentit atau G-spot untuk pancutkan isteri?” saya telah menulis panjang lebar tentang antara biji kelentit dan G-Spot yang manakah yang paling utama untuk memuaskan isteri di ranjang dan membuat isteri pancut.

g-spot untuk pancutkan isteri

 

Pada artikel tersebut saya telah menjelaskan bahawa kedua-dua organ seks pada badan isteri anda, iaitu biji kelentit dan titik G-Spot sama-sama penting dalam proses merangsang isteri sehingga beliau puas dan klimaks.

Saya juga telah memberi tips bagaimana untuk merangsang biji kelentit isteri anda beserta teknik-teknik yang terlibat.

Pada bahagian 2 ini kita akan melihat bagaimana peranan titik G-Spot untuk pancutkan isteri.

G-Spot untuk pancutkan isteri

Seperti juga biji kelentit, titik G-Spot adalah titik ghairah seks yang paling sensitif pada tubuh isteri anda. Walaupun ramai yang berdebat tentang kewujudan organ seks ini, kajian demi kajian yang dilakukan telah membuktikan titik ini memang wujud dan boleh digunakan sebagai titik ghairah atau zon erotik untuk memuaskan wanita ketika persetubuhan.

Jika ada yang masih menyangkal akan kewujudan titik G-Spot ini, kemungkinan besar mereka tidak tahu bagaimana untuk mencari lokasi titik G-Spot isteri mereka, atau mereka tidak merangsang sepenuhnya isteri sehingga titik G-Spot beliau membesar.

Jika masih ada yang tak tahu apa itu G-Spot; G-Spot adalah satu titik atau benjolan kecil di dalam lubang faraj wanita. Titik ini terletak di bahagian permukaan atas di dalam lubang faraj dan antara 1 inci dari bukaan faraj. Titik ini akan membesar ketika wanita ghairah sepenuhnya. Saya telah menulis secara panjang lebar tentang G-Spot dalam artikel “Apa itu G-Spot” di link ini.

Saya telah jelaskan pada bahagian 1 artikel ini isteri anda memerlukan rangsangan pada biji kelentit dan juga G-Spot untuk membuatkan beliau benar-benar puas sehingga klimaks.

Teknik merangsang G-Spot untuk pancutkan isteri

Terdapat dua teknik merangsang G-Spot secara langsung untuk membuat isteri anda puas sehingga orgasme dan pancut.

Merangsang G-Spot dengan jari

Teknik paling mudah untuk merangsang G-Spot isteri anda adalah dengan menggunakan jari anda. Walaupun saya katakan mudah, anda masih memerlukan skill yang betul untuk memastikan anda benar-benar merangsang G-Spot dan bukan sekadar permukaan lubang faraj isteri.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian sebelum anda mula merangsang G-Spot isteri dengan jari ialah memastikan isteri anda benar-benar terangsang untuk membuat G-Spot isteri anda membengkak, atau membesar. Anda harus ingat G-Spot isteri anda tidak akan menonjol sekiranya beliau tidak benar-benar bernafsu dan ghairah. Ini akan menyukarkan anda untuk mencari lokasi G-Spot isteri anda.

Anda boleh membuat isteri anda benar-benar terangsang dan bernafsu dengan menggomol biji kelentit beliau melalui tips yang telah saya berikan pada Bahagian 1 artikel ini.

Setelah isteri anda benar-benar terangsang, dan anda telah mengenalpasti lokasi G-Spot isteri anda, anda boleh mulakan dengan menggosok perlahan-lahan titik G-Spot isteri. Jangan gosok dengan kasar kerana titik G-Spot adalah amat sensitif dan sentuhan yang kuat dan kasar akan membuat isteri sakit.

Anda tidak perlu melakukan teknik jari yang pelik-pelik untuk merangsang G-Spot isteri. Cukup sekadar menggosok, atau mengetuk perlahan-lahan titik G-Spot isteri.

Sesetengah wanita yang sensitif boleh orgasme sehingga pancut hanya dengan teknik ini!

Merangsang G-Spot dengan zakar

Selain merangsang titik G-Spot isteri dengan jari, anda boleh menggunakan zakar untuk merangsang kawasan tersebut ketika menujah.

Secara mudah boleh dikatakan setiap tujahan zakar anda ketika persetubuhan secara tidak langsung akan merangsang titik G-Spot isteri. Ini kerana setiap gerakan zakar di dalam lubang faraj isteri akan membuatkan zakar menggesel kawasan di mana titik tersebut berada.

Oleh itu setiap tujahan zakar, menujah atau menarik akan merangsang titik G-Spot isteri anda.

Tetapi terdapat beberapa situasi di mana pemilihan posisi seks yang tidak sesuai akan menyebabkan zakar gagal merangsang G-Spot untuk pancutkan isteri.

Oleh itu memilih posisi seks yang sesuai adalah amat penting sekiranya anda ingin zakar anda merangsang G-Spot isteri anda ketika menujah.

Merangsang G-Spot dan Biji Kelentit Isteri pada masa yang sama

Jika anda perhatikan dalam artikel ini saya telah memberi dua teknik yang berbeza untuk merangsang biji kelentit dan g-spot isteri, iaitu menggunakan jari, dan zakar. Anda boleh menggunakan salah satu daripada teknik-teknik ini untuk merangsang biji kelentit atau G-Spot isteri anda.

Tetapi bukankah lebih baik sekiranya anda dapat merangsang kedua-duanya pada masa yang sama? Sudah pasti ini akan memberikan nikmat berganda kepada isteri anda dan sudah pasti akan membuatkan beliau puas sehingga klimaks.

Teknik ini akan saya sentuh pada bahagian ketiga artikel ini. Pastikan anda subscribe dengan email atau like laman facebook Info Seks Melayu dan Google+ Info Seks Melayu untuk mendapatkan update terbaru dari laman ini.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.