Isteri Sukar Klimaks – Apakah Faktor Utama Yang Menyumbang?

 

Masalah isteri sukar klimaks? Anda telah cuba pelbagai teknik dan skill untuk membuatkan isteri anda klimaks dan pancut, tetapi beliau masih gagal untuk klimaks, jauh sekali pancut, di manakah salahnya?

isteri sukar klimaks

Luahan ini sering saya terima daripada para suami yang gagal membuatkan isteri mereka puas dalam hubungan seks. Menurut mereka, mereka telah mencuba pelbagai cara dan teknik untuk membuatkan isteri mereka orgasme dan klimaks, tetapi masih gagal.

Ini menyebabkan mereka kecewa dan putus asa. Akibatnya hubungan seks menjadi semakin suram dan dingin.

Di manakah salahnya isteri sukar klimaks?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh membuatkan isteri sukar untuk klimaks, dan pancut. Secara am faktor tersebut boleh dibahagikan kepada dua faktor umum.

Faktor yang pertama ialah kesalahan daripada para suami. Iaitu suami tidak mengambil inisiatif dan berusaha untuk memuaskan isteri dalam hubungan seks dan hanya mementingkan kepuasan untuk untuk diri sendiri. Ini menyebabkan hubungan seks menjadi ‘satu hala’ sahaja dan akibatnya isteri tidak akan puas dalam sebarang aktiviti seks.

Jika ini terjadi, kesalahan seharusnya diletakkan ke atas bahu suami.

Faktor yang kedua pula berpunca daripada isteri itu sendiri. Dalam erti kata lain, isteri sendiri menolak untuk orgasme, klimaks atau pancut, walaupun suami telah mencuba pelbagai teknik untuk memuaskan isteri. Dalam hal ini, suami tidak boleh disalahkan sepenuhnya. Sila rujuk artikel kesalahan seks yang membuatkan isteri sukar pancut.

Tetapi adakah anda harus lepas tangan dan menyalahkan isteri? Bukankah beliau sendiri yang menolak untuk puas di dalam hubungan seks suami isteri?

Jangan salahkan isteri

Jawapannya ialah tidak. Jangan salahkan isteri anda sekiranya beliau menghadapi masalah untuk klimaks dan pancut.

Menurut kajian yang dilakukan, dan saya telah menyentuh tentang perkara ini dalam artikel-artikel yang lepas seperti masalah isteri sukar pancut, antara 15% hingga 30% wanita di dunia ini menghadapi masalah untuk mengalami orgasme dan klimaks ketika hubungan seks.

Jika anda lihat daripada statistik yang diberikan, tidak mustahil isteri anda tergolong di dalam golongan tersebut.

Tetapi ini tidak bermakna isteri anda langsung tidak boleh mengalami orgasme ketika hubungan seks. Jadi bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang melanda isteri anda?

Faktor isteri sukar klimaks yang jarang didedahkan

Untuk menyelesaikan masalah kenapa isteri sukar klimaks, atau tidak mengalami orgasme, anda harus melihat dan meniliti faktor-faktor yang menjurus kepada masalah tersebut.

Walaupun faktor-faktor umum seperti yang saya sebutkan di atas, dan beberapa faktor-faktor lain seperti kurang foreplay, tidak peka dan sebagai sering dibincangkan, terdapat beberapa faktor lain yang jarang didedahkan.

Antara faktor-faktor isteri sukar klimaks yang jarang didedahkan:

  1. Trauma atau pengalaman buruk berkaitan hubungan seks
    Wanita yang pernah mengalami trauma seks, atau dalam erti kata lain pengalaman buruk berkaitan hubungan seks akan mengalami masalah untuk orgasme. Ini termasuk pengalaman dirogol atau dicabul pada masa yang lalu.

    Kadangkala walaupun wanita tersebut telah melupakan pengalaman buruk beliau, minda separa sedar beliau masih merekod pengalaman beliau dan menjadi penghalang untuk beliau orgasme dan klimaks.

    Pengalaman ini akan membuatkan beliau merasa malu, hilang keyakinan diri, marah dengan diri sendiri, dan tertekan. Perasaan-perasaan ini akan membuatkan beliau sukar untuk klimaks.

    Jika isteri anda mengalami masalah ini, anda harus memainkan peranan dengan lebih lanjut untuk membantu beliau mengatasi rasa malu dan rendah diri. Dalam erti kata lain anda harus membantu isteri anda meningkatkan keyakinan diri beliau dan menghilangkan mimpi ngeri yang menghantui hidup beliau.
  2. Masalah kesihatan
    Masalah berkaitan kesihatan yang boleh membuatkan isteri sukar untuk orgasme dan klimaks juga jarang dibincangkan secara meluas. Ini kerana masalah berkaitan kesihatan adalah terpencil dan hanya terdapat sesetengah kes sahaja di mana masalah kesihatan boleh menyukarkan proses orgasme wanita.

    Antara masalah kesihatan yang boleh menyumbang kepada masalah orgasme wanita ialah dari aspek fizikal dan pengambilan ubat-ubatan.Masalah kesihatan dari aspek fizikal adalah seperti kedudukan tulang pelvis yang tidak sekata.

    Masalah ini boleh berlaku secara semulajadi ketika proses kelahiran, peringkat usia atau kemalangan yang mempengaruhi tulang belakang. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjurus kepada masalah kesihatan yang mempengaruhi fungsi wanita untuk klimaks.

    Contohnya ubat-ubatan yang merendahkan metabolisme badan, atau ubat-ubatan yang mempengaruhi hormon wanita.Saya tidak dapat membincangkan masalah kesihatan ini dengan terperinci kerana ini adalah di luar bidang saya.

    Nasihat saya sekiranya anda telah mengenalpasti masalah isteri anda sukar klimaks adalah berpunca daripada masalah yang berkaitan dengan kesihatan seperti yang saya jelaskan di atas, dapatkan nasihat daripada pakar-pakar perubatan yang bertauliah.

Dua faktor yang saya berikan di atas adalah antara fakt0r-faktor yang menyumbang kepada masalah kenapa isteri anda gagal mengalami orgasme dan klimaks.

Jika dilihat dengan lebih teliti, masalah-masalah ini adalah agak serius dan boleh menggugat kebahagiaan rumahtangga dan hubungan suami isteri. Anda sebagai suami harus mengambil langkah utama untuk menyelesaikan masalah-masalah ini untuk kebahagiaan rumahtangga anda berdua.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

5 thoughts on “Isteri Sukar Klimaks – Apakah Faktor Utama Yang Menyumbang?”

  1. Sy nk tnye….wife sy ade mslh klimaks…die slalu ckp die terase ghairah…terasa keseronakn time bersama tu..cme die xblh nk pncut…xdpt rse kemuncak tu..klu faktor mase..kdg2 smpai sejam kami bersama tp die ttp xleh nk pncut…seperti rase nk kencing tp xblh kencing..lbh kurg cmtu la mslh die…pe punca ye

  2. Isteri saya seperti dingin hendak lakukan sex..tapi bile dah mula tanda2 dia teransang semua ada..cume bile nk klimaks tu dia cm x dapat nak rasa..cm nak kuar katanya tapi x kuar..kemuncaknya tak smpai..pe masalhnya ye..

  3. mohamad rashid bin haji mat yassin

    Isteri saya bila bersetubuh takut nak klimaks,katanya letih bila klimaks…Apakah puncanya ye???

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.