Fakta Pancutan Isteri – Yang Buat Semua Suami Terkejut

 

Ada tak suami di luar sana yang masih tak tahu tentang fakta pancutan isteri, di mana isteri anda boleh klimaks dan pancut seperti anda? Bagaimana pula dengan kaum isteri, anda tahu tak yang anda juga boleh pancut seperti suami anda ketika klimaks?

fakta pancutan isteri

Masih ramai tak tahu tentang fakta pancutan isteri

Sedihnya masih ramai yang tak tahu, atau tak mahu ambil tahu tentang perkara ini. Rugi kerana ini adalah salah satu faktor yang boleh meningkatkan kenikmatan dalam hubungan seks suami isteri.

Jika anda ingin ‘study’ dengan lebih lanjut tentang pancutan isteri, anda boleh membaca artikel-artikel saya yang lepas tentang subjek pancutan wanita klik di sini dan bagaimana untuk pancutkan isteri klik di sini. Artikel-artikel tersebut sesuai dibaca oleh para suami dan juga para isteri untuk menambahkan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan kualiti hubungan seksual.

Fakta menarik tentang pancutan isteri

Di sini saya ingin memberikan beberapa perkara menarik tentang fakta pancutan isteri. Ramai yang tak tahu tentang fakta-fakta ini.

  1. 30% wanita di dunia mempunyai masalah untuk mencapai orgasme dan klimaks
    Jika isteri anda, atau para isteri sukar untuk orgasme dan klimaks, anda tidak keseorangan. Kajian yang dijalankan mendapati satu daripada tiga orang wanita menghadapi masalah untuk mencapai orgasme ketika aktiviti seks.

    Kajian ini juga mendapati 80% wanita sukar untuk orgasme melalui persetubuhan, iaitu simulasi faraj sahaja.
  2. Pembaharuan dalam hubungan seks boleh membantu orgasme dan pancutan
    Wanita yang suka melakukan eksperimen dan mencuba perkara yang baru dalam hubungan seks akan lebih mudah orgasme, dan pancut. Pembaharuan di sini bermaksud memasukkan aktiviti seperti oral seks bersama persetubuhan, atau mencuba teknik foreplay yang baru bersama suami ketika hubungan seks.

    Kajian menunjukkan lebih lama masa yang dihabiskan untuk aktiviti seks, lebih tinggi keberangkalian bagi wanita untuk klimaks.
  3. Keyakinan diri boleh mempengaruhi klimaks dan pancutan isteri.
    Kajian menunjukkan bagaimana perasaan seseorang wanita terhadap kemaluan beliau akan mempengaruhi kualiti orgasme beliau. Sesetengah wanita mempunyai keyakinan diri yang rendah, terutama sekali berasa malu terhadap penampilan kemaluan mereka.

    Sedangkan saya tahu bagi kaum suami, faraj isteri anda kelihatan cantik dan menarik setiap masa. Masalahnya isteri anda tidak tahu perasaan anda terhadap faraj beliau. Jadi selepas ini jangan lupa puji kemaluan isteri anda ketika hubungan seks.

    Kepada para isteri pula, nasihat daripada pakar perubatan berkenaan penampilan faraj ialah, selagi anda tidak berasa sebarang kesakitan pada faraj anda, atau terdapat cairan yang pelik, faraj anda adalah sihat dan normal.
  4. Purata 20 minit untuk klimaks
    Majoriti wanita mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk klimaks, dan mengikut kajian ini adalah normal. 20 minit di sini ialah untuk keseluruhan aktiviti seks, dan bukan hanya persetubuhan.

    Para suami jika anda gagal untuk menahan diri selama sekurang-kurangnya 20 minit ketika menggomol isteri anda, baca tips saya bagaimana untuk pancut lambat klik di sini.

    Satu lagi tips yang boleh para suami amalkan untuk memanjangkan masa aktiviti seks ialah dengan meningkatkan kualiti foreplay, termasuk oral seks. Klik di sini untuk mempelajari teknik foreplay yang telah saya tulis dengan panjang lebar.
  5. Teknik kemutan faraj boleh memudahkan orgasme
    Faraj yang kuat boleh memudahkan dan mempercepatkan orgasme. Ketika orgasme wanita, dan pancutan berlaku yang puratanya mengambil masa antara 20 saat, faraj akan mengemut setiap 0.08 saat. Banyak kali tu. Jadi lebih kuat kemutan faraj anda, lebih mudah dan mengasyikkan orgasme anda.

    Baca lebih lanjut tentang latihan kemutan dan teknik-teknik mengemut faraj di sini.
  6. Erangan dan desahan boleh mempercepatkan orgasme
    Selain daripada faktor fizikal seperti kemutan faraj, kajian menunjukkan bunyi-bunyian yang dikeluarkan semasa hubungan seks seperti erangan, desahan dan rintihan boleh membantu memudahkan pancutan isteri. Tetapi bukan sebarang bunyian.

    Hanya bunyian dengan “pitching” yang tinggi boleh membantu mempercepatkan orgasme, manakala bunyian dengan “pitching” yang rendah akan menghilangkan mood dan merosakkan orgasme wanita.
  7. 60% wanita menipu orgasme
    Kaji selidik yang dilakukan oleh pakar seksual barat mendapati 60% wanita seringkali menipu orgasme mereka. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah untuk menjaga hati pasangan mereka.

    Saya rasa perkara ini juga terjadi kepada masyarakat kita kerana para isteri lebih suka memendam perasaan dan mengambil sikap “tak apa” walaupun tidak puas dan tidak orgasme dan klimaks ketika berasmara.

Dah tahu tunggu apa lagi

Sekarang anda dah tahu fakta pancutan isteri. Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah, untuk suami pelajari tips dan teknik yang saya berikan dalam laman web ini untuk memberikan kenikmatan maksima kepada isteri anda ketika bersama dan buat beliau puas dan pancut.

Kepada isteri pula, buang rasa rendah diri, tingkatkan keyakinan diri, belajar untuk menyintai tubuh badan anda dan  yakini anda amat cantik di mata suami anda. Juga jangan lupa belajar dan amalkan senaman-senaman untuk menguatkan kemutan faraj melalui link yang saya berikan di atas.

Mulakan mengorak langkah baru untuk meningkatkan keintiman bersama pasangan anda.

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Email
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.