Ciuman Untuk Menggoda Isteri – Bukan Teknik Ciuman Biasa

Apakah teknik ciuman untuk menggoda isteri?

ciuman untuk menggoda isteri

Teknik Ciuman Untuk Menggoda Isteri

Bercium adalah salah satu teknik menggoda yang sering digunakan ketika berasmara. Ciuman juga dikatakan mempunyai kuasa untuk menaikkan ghairah pasangan dan membuatkan mereka layu dan tewas di pangkuan kita.

Penulis Kamasutra sendiri menyatakan bahawa “Seks bermula dari bibir”.

Oleh kerana itu lah rugi jika anda tidak menggunakan kuasa ciuman menggoda isteri anda dan membuatkan mereka lemah di dalam pelukan anda. Tetapi ciuman untuk menggoda isteri anda harus dilakukan dengan betul. Bukan main redah jer.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda mempraktikkan ciuman untuk menggoda isteri anda.

Kalau nak goda isteri dengan ciuman, bukan boleh tangkap muat. Kena belajar teknik ciuman menggoda yang betul Click To Tweet

Persediaan Sebelum Bercium

Ramai para suami yang ‘failed’ di dalam bab ini, iaitu gagal untuk merapikan mulut dan bibir sebelum bercium dengan isteri. Kebersihan mulut adalah penting untuk menaikkan nafsu isteri dengan ciuman. Jika mulut anda berbau, sudah pasti nafsu isteri akan terbantut, dan hilang mood untuk aktiviti seterusnya.

Rapikan juga misai anda. Sesetengah wanita amat sensitif dengan misai yang tidak dicukur dengan rapi. Tambahan pula bibir adalah organ yang lembut dan sensitif. Tetapi jangan mencukur janggut anda, kerana menurut kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar seksual, geseran janggut pada pasangan dapat meningkatkan ghairah seksual.

Sentuhan Jari

Gunakan sentuhan jari anda sepenuhnya ketika bercium. Jangan teragak-agak untuk menyentuh dan membelai tubuh badan isteri ketika bercium. Tetapi awas jangan terus menuju ke bahagian sensitif pada tubuh beliau, seperti payu dara dan alat sulit.

Mulakan dahulu dengan kawasan yang berhampiran dengan bibir beliau. Atau lebih erotik lagi jika anda gunakan jari anda untuk menyentuh bibir si dia.

Rapatkan bibir anda kepada bibir isteri, kemudian tarik kembali bibir dan letakkan jari anda dan gosok dengan lembut jari pada bibir isteri anda. Lihat pada matanya dengan lembut dan menggoda. Saya jamin ini akan membuatkan isteri anda cair.

Jangan lupa pada bahagian lain di sekitar bibir isteri anda. Pipi, dagu, telinga, leher dan sebagainya. Setiap bahagian pada tubuh badan isteri anda boleh anda belai dengan lembut.

Gigitan Lembut

Teknik menggigit bibir pasangan ketika bercium bukanlah perkara yang baru. Teknik ini telah lama dipraktikkan. Anda boleh menggunakan teknik gigitan di dalam ciuman untuk menggoda isteri.

Cara yang paling berkesan untuk menggunakan teknik gigitan ialah dengan mengigit lembut bibir atas dan bibir bawah isteri. Ingat kata kunci di sini ialah “dengan lembut”, bukan dengan rakus atau dengan gelojoh.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, bibir adalah organ yang sensitif, dan harus dilayan dengan lembut, bukan dengan kasar dan rakus.

Dan gigitan yang dilakukan bukanlah seperti menggigit makanan. Cara yang paling efektif ialah dengan menggigit lembut bibir dan lepaskan seketika. Teruskan dengan ciuman, kemudian gigit kembali bibir isteri. Bukan menggigit berkali-kali dalam masa yang singkat ya.

Erangan dan Desahan

Jangan malu atau takut untuk memberitahu isteri anda bahawa anda sedang menikmati saat-saat indah ini. Erangan dan desahan ketika bercium adalah salah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan ghairah isteri di dalam teknik ciuman untuk menggoda isteri.

Tetapi jangan ‘over’. Erangan dan desahan lembut sudah memadai. Bisikkan juga kata-kata romantik untuk mengiringi erangan dan desahan anda.

Bukan hanya pada bibir

Jangan hanya menumpukan ciuman anda pada bahagian bibir isteri. Seperti juga sentuhan, larikan bibir anda pada bahagian lain tubuh isteri anda.

Kelopak mata, dagu, cuping telinga dan leher adalah antara bahagian-bahagian yang sensitif dan peka pada ciuman. Oleh itu jangan teragak-agak untuk mengucup lembut bahagian-bahagian ini ketika bercium.

Tetapi jangan tertumpu kepada satu bahagian pada masa yang lama. Ini akan membosankan isteri dan secara tidak langsung akan membuatkan beliau hilang ‘mood’. Gerakkan bibir anda dengan lembut dan perlahan-lahan ke setiap bahagian yang saya sebutkan di atas.

Ini akan membuatkan membuatkan isteri menikmati sensasi yang berubah, dan dijamin akan membuatkan beliau terangsang.

Variasikan teknik ciuman

Ramai yang tahu teknik Ciuman Perancis, iaitu menggunakan lidah ketika bercium. Tetapi berapa ramai yang tahu teknik Ciuman Eskimo, teknik Ciuman Abjad, teknik Ciuman Sejuk dan sebagainya?

Ini adalah antara teknik-teknik hebat ciuman untuk menggoda isteri.

Sebagai contoh Ciuman Eskimo adalah teknik ciuman yang menggunakan hidung anda. Ya ciuman tidak hanya boleh dilakukan dengan bibir. Teknik Ciuman Eskimo adalah teknik yang berkesan ketika memulakan ciuman.

Teknik Ciuman Abjad pula dilakukan di pertengahan proses ciuman, iaitu sebagai lanjutkan kepada teknik Ciuman Perancis. Ketika lidah anda berada di dalam mulut isteri anda, gerakkan lidah anda dengan menulis huruf di dalam abjad. Sebagai contoh, tulis huruf “A” dengan lidah anda dan minta isteri anda meneka huruf apakah yang anda tulis.

Menarik kan?

Anda boleh mempelajari banyak lagi teknik-teknik Ciuman menggoda isteri yang lebih ‘Advance’ menerusi Panduan Seni Ciuman.

Panduan ini boleh dikatakan adalah rujukan lengkap kepada teknik bercium yang dikumpulkan daripada teknik bercium kuno dan moden.

Klik jika anda ingin mempelajari teknik bercium yang  akan membuatkan isteri anda layu dan cair di dalam pelukan anda.

Seperti yang saya terangkan pada permulaan artikel ini, ciuman untuk menggoda isteri adalah salah satu daripada teknik asmara yang hebat dan mempunyai kuasa yang cukup kuat untuk menentukan sama ada aktiviti asmara akan berakhir dengan kepuasan mutlak, atau sebaliknya.

Oleh itu anda harus memanipulasi kuasa ciuman ini sebaik mungkin untuk membuatkan isteri anda puas dan merasai nikmat sepenuhnya ketika bersama.

Jika anda mempunyai sebarang tips ciuman untuk dikongsi bersama, jangan malu-malu untuk berkongsi pada bahagian komen di bawah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.