Cara Mengelak Pancut Awal – Semua Suami Wajib Ambil Tahu

Antara masalah seksual utama yang sering dihadapi oleh kaum lelaki ialah pancut awal ketika di dalam hubungan seks. Masalah pancut awal atau ejakulasi pra matang ini bukanlah masalah baru. Kali ini saya ingin memberikan petua dan tips cara mengelak pancut awal.

Mengelak pancut awal

Ini adalah penyebab utama suami pancut awal ketika bersetubuh, lalu gagal puaskan isteri dalam hubungan seks Click To Tweet

Sebelum anda mengetahui cara mengelak pancut awal, anda harus tahu apakah penyebab utama yang membuatkan kebanyakkan lelaki tidak dapat bertahan lama dan pancut awal. Terdapat tiga sebab utama yang menyebabkan berlakunya masalah ejakulasi pra matang, atau pancut awal di kalangan kaum lelaki.

Penyebab Utama Ejakulasi Pra Matang/Pancut Awal

  1. Zakar yang terlampau sensitif. Zakar yang terlampau sensitif boleh menyebabkan deria dan saraf yang berkaitan dengan pancutan mengalami tindakbalas yang terlampau seterusnya meningkatkan keinginan untuk pancut dan klimaks.
  2. Keinginan dan ghairah seks yang terlampau tinggi sehinggakan tidak dapat menahan dan menghalang lagi. Akibatnya berlaku pancutan awal.
  3. Hormon tidak seimbang, iaitu tahap hormon-hormon yang mengawal keinginan seks dari ghairah dan pancutan terlalu tinggi, seterusnya mengakibatkan mudah untuk klimaks.

Penyebab-penyebab utama pancut awal atau ejakulasi pra matang ini sering menyebabkan kaum lelaki tidak dapat bertahan lama ketika berdayung, dan seterusnya tewas ketika bertarung. Untuk mengelak pancut awal ketika bersama isteri anda, anda boleh mencuba tips-tips elak pancut awal yang saya berikan ini.

Tips Mengelak Pancut Awal

  1. Fokus – Ramai lelaki yang tidak fokus ketika berasmara bersama pasangan. Ini tidak mengejutkan kerana pada masa sekarang ramai yang stress dengan masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ditambah pula dengan perkara-perkara yang perlu difikirkan membuatkan ramai yang hilang tumpuan ketika berasmara.

    Ini secara tidak langsung akan membuatkan anda tidak dapat bertahan lama dan pancut awal. Hubungan seks seperti juga aktiviti-aktiviti fizikal yang lain, iaitu memerlukan tumpuan dan fokus anda. Oleh itu berikan tumpuan 110% kepada aktiviti seks anda untuk mengelak pancut awal.
  2. Kurang Stamina – Hubungan seks adalah aktiviti fizikal yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti berat. Pembakaran kalori yang berlaku semasa aktiviti seks adalah sama dengan pembakaran kalori aktiviti sukan yang lain seperti berjoging dan sebagainya.

    Oleh itu untuk bertahan lama di dalam hubungan seks dan mengelak pancut awal, anda perlu berada keadaan puncak. Iaitu stamina yang tinggi. Apabila anda kurang stamina, anda akan cepat letih ketika berdayung.
    Ini akan membuatkan tenaga anda akan disalurkan kepada anggota tubuh yang lain dan kurang tenaga yang akan digunakan untuk organ seks. Oleh itu kuatkan 0t0t-otot anda dan tingkatkan stamina anda untuk mengelak pancut awal.
  3. Pemakanan – Faktor pemakanan juga boleh mempengaruhi pencapaian seks anda dan boleh membantu mengelak pancut awal. Amalkan pengambilan makanan yang sihat yang boleh membantu pencapaian seksual anda. Elakkan minum minuman sejuk dan amalkan meminum air suam.

    Amalkan memakan makanan-makanan yang boleh meningkatkan prestasi seks seperti Tiram, Bawang, Pisang, Daun Saderi, Strawberi, Badam dan Coklat.
  4. Panjangkan Foreplay – Aktiviti foreplay bukan sahaja dapat memberikan kepuasan berganda kepada isteri anda, malah secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan pancut awal.

    Dengan memanjangkan aktiviti foreplay, anda akan dapat membuatkan isteri anda klimaks dengan lebih pantas. Selain dapat melincirkan pergerakan zakar, air mani wanita juga dapat membantu zakar untuk pancut lambat.

    Jadi dengan memanjangkan aktiviti foreplay, anda akan dapat memuaskan pasangan anda dan dalam masa yang sama dapat membantu anda mengelak pancut awal.
Cara Mengelak Pancut Awal
Elak pancut awal dan puaskan isteri anda

Tips-tips yang saya berikan di atas dapat membantu anda untuk mengelak pancut awal. Jika anda inginkan teknik-teknik foreplay yang dapat membuatkan isteri anda klimaks dan pancut dengan mudah, anda boleh dapatkan Panduan Seni Foreplay yang telah saya terbitkan.

Panduan ini saya berikan percuma sebagai Bonus di dalam Pakej Ilmu Asmara Mutlak.

KLIK DISINI untuk mendapatkan PANDUAN SENI FOREPLAY

Panduan ini mengandungi teknik-teknik Foreplay yang belum pernah anda dengar sebelum ini dan dijamin akan dapat membuatkan isteri anda puas, klimaks dan pancut dengan mudah. Gunakan teknik-teknik foreplay yang diberikan di dalam panduan ini untuk memuaskan isteri anda, sekaligus mengelak pancut awal.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.