Di Manakah G-Spot – Kat Mana Nak Cari Titik G-Spot Ni?

Ramai yang telah tahu apa itu G-Spot, dan ramai juga yang tahu apa fungsi G-Spot ketika berasmara. Seperti yang diketahui umum, G-Spot pada wanita adalah satu titik yang menyerupai benjolan daging kecil pada dinding faraj, yang berfungsi untuk memberikan kenikmatan pada wanita apabila disentuh.

Di manakah G-Spot

Titik ini boleh dikatakan wujud pada setiap wanita, dan saiz titik G-Spot adalah berbeza untuk setiap individu. Tahap sensitiviti dan tahap penerimaan rangsangan juga adalah berbeza pada setiap individu.

Namun begitu, ramai yang masih belum tahu di manakah lokasi sebenar G-Spot. Ada yang mengatakan G-Spot wanita berada sejengkal dari bukaan faraj, dan ada juga yang mengatakan G-Spot berada 1 inci dari bukaan faraj, dan pelbagai lagi fakta yang dikeluarkan oleh pakar-pakar hubungan seksual.

Jadi di manakah G-Spot?

Tidak ada jawapan yang tepat untuk soalan ini kerana seperti juga saiz G-Spot, lokasi G-Spot adalah berbeza untuk setiap wanita.

Lokasi titik G-Spot pada wanita berbeza-beza, tak ada yang sama. Click To Tweet

Ada wanita yang G-Spotnya berada dekat dengan bukaan faraj, dan ada pula wanita yang G-Spotnya berada jauh dari bukaan faraj.

Oleh kerana lokasi G-Spot adalah berbeza mengikut individu, menjadi kewajipan si suami untuk mencari dan mengetahui di manakah lokasi sebenar G-Spot isteri mereka.

Teknik yang paling mudah untuk mengetahui lokasi G-Spot pasangan anda ialah dengan mencari sendiri lokasi G-Spot tersebut. Sebenarnya tidak sukar untuk mencari lokasi G-Spot tersebut.

Anda boleh memasukkan jari anda ke dalam faraj isteri anda, dan anda akan dapat merasakan titik benjolan G-Spot tersebut.

Tetapi, untuk merasakan benjolan tersebut, anda harus merangsang dan membuatkan isteri anda teruja terlebih dahulu. Ini kerana apabila isteri anda terangsang, titik benjolan G-Spot tersebut akan menonjol dan menjadi keras. Ini akan membuatkan lebih mudah untuk anda mengetahui lokasi sebenar titik G-Spot isteri anda.

Buat isteri anda benar-benar terangsang sehingga farajnya basah. Masukkan jari anda ke dalam faraj beliau, dan rasakan pada bahagian atas faraj isteri anda.

Anda akan dapat merasakan satu benjolan kecil pada bahagian atas dinding faraj isteri anda. Benjolan tersebut adalah G-Spot isteri anda.

Tak jumpa G-Spot

Jika anda tidak menemui G-Spot tersebut, terdapat dua faktor yang perlu diambil kira. Faktor pertama ialah saiz fizikal G-Spot isteri anda terlalu kecil sehingga membuatkan ia sukar untuk dicari.

Faktor kedua pula ialah isteri anda belum benar-benar terangsang dan G-Spot beliau belum menonjol sepenuhnya.

Masalah ini boleh diatasi dengan menggoda dan membelai isteri anda sehingga beliau benar-benar terangsang. Setelah beliau benar-benar terangsang, benjolan titik G-Spot akan menonjol keluar.

Jika anda inginkan tips bagaimana untuk merangsang isteri anda sehingga titik G-Spot beliau menonjol keluar dan mudah untuk dicari, anda boleh dapatkan Panduan “50 Teknik Foreplay” yang diberikan secara percuma oleh Pihak Info Seks Melayu sebagai bonus kepada Pakej Ilmu Asmara Mutlak.

Melalui panduan ini anda akan mengetahui teknik-teknik ‘advance’ untuk membelai isteri anda sehingga beliau tidak tahan dan inginkan lebih.

Klik di sini untuk mengetahui bagaimana untuk merangsang isteri anda dan membuatkan titik G-Spot beliau menonjol keluar

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.