Cara Melayan Suami Di Ranjang Untuk Kebahagiaan Rumah Tangga

Bagaimanakan teknik atau cara melayan suami di ranjang? Soalan ini sering diajukan oleh para isteri kepada saya. Soalan ini terlalu umum, dan banyak teknik dan cara yang boleh dipraktikkan untuk memuaskan suami di ranjang.

Walaupun artikel kali ini ditujukan khas kepada para isteri, para suami juga boleh memanfaatkan artikel ini untuk meningkatkan kualiti hubungan suami isteri.

Cara melayan suami di ranjang

Pelbagai teknik, cara melayan suami di ranjang

Seperti yang saya katakan tadi, terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan untuk menggoda, dan melayan suami di ranjang.

Teknik ini berbeza mengikut selera dan kesukaan suami.

Seperti yang anda sedia maklum, tiada dua insan yang sama dari aspek fizikal, mahupun emosi. Jadi untuk menjawab dan mencari jawapan untuk soalan ini, saya senaraikan tips-tips berikut iaitu tips cara melayan suami di ranjang.

Persediaan diri

Perkara pertama yang perlu diambil kira ialah persediaan untuk melayan suami. Persediaan di sini merangkumi lokasi, dan juga perapian diri. Sediakan kamar tidur dengan sempurna, pastikan lokasi berasmara kemas dan tersusun rapi.

Jika boleh wujudkan suasana romantik dan sensual pada lokasi berasmara. Lokasi yang romantik ditambah pula dengan wangian-wangian romantik secara psikologi akan dapat meningkatkan keinginan para suami untuk bersama anda.

Wujudkan suasana romantik di kamar untuk buat suami lebih selesa. Click To Tweet

Perapian diri juga adalah salah satu faktor yang sering diabaikan oleh para isteri. Seringkali para isteri beranggapan cuma mengenakan solekan dan memakai pakaian yang seksi sudah cukup untuk menggoda suami.

Bagaimana pula dengan perapian di bahagian dalam? Adakah bulu ketiak atau bulu kemaluan sudah dicukur, atau di’trim’ dengan rapi? Bagaimana pula dengan kebersihan faraj anda? Gigi sudah digosok dah dibersihkan?

Perkara-perkara ‘kecil’ ini juga perlu diberikan perhatian untuk tidak menghilangkan mood suami ketika berasmara di ranjang.

Sikap isteri ketika di ranjang

Faktor lain yang memainkan peranan penting ialah sikap para isteri ketika berasmara. Sebenarnya ramai suami yang sukakan isteri yang aktif ketika berjimak.

Memang pada mulanya si suami akan memainkan peranan sebagai watak utama, tetapi jika si isteri juga turut sama menggomol mereka, secara automatik para suami akan teruja dan terangsang.

Para isteri harus mengambil inisiatif untuk menggoda suami dan tidak berkeadaan seperti patung ketika berasmara.

Ini adalah antara dua faktor penting yang boleh memberikan perubahan sekaligus meningkatkan minat dan keinginan suami ketika berasmara.

Walaubagaimanapun, ramai isteri yang kurang sedar akan perkara ini dan hanya mengambil mudah dan mengabaikan layanan terhadap suami.

Perkara ini akan menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan ketika hubungan seksual yang tidak sepatutnya terjadi di ranjang.

Banyak lagi kesalahan seksual yang dilakukan

Banyak lagi kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh para isteri, mahupun para suami di ranjang. Terlalu panjang untuk saya senaraikan di sini.

Oleh itu saya telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan ketika berasmara.

Panduan ini saya namakan sebagai ’90 Kesalahan Seks’, dan saya berikan panduan ini sebagai Bonus Percuma sebagai pelengkap kepada Pakej Ilmu Asmara Mutlak.

Anda boleh membaca dan mendapatkan panduan ini melalui link di bawah:

KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI DAN MENGELAKKAN DARI MELAKUKAN KESALAHAN-KESALAHAN DI RANJANG

Kesalahan-kesalahan yang dikumpulkan di sini adalah kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh para pasangan tanpa disedari.

Jangan terkejut sekiranya setelah anda habis membaca panduan ini baru anda sedar yang anda sering melakukan kesalahan-kesalahan ini ketika bersama suami.

Jika anda boleh mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan-kesalahan seks ini ketika berasmara, saya jamin kualiti hubungan seks anda akan meningkat, dan dengan mudah anda akan mengecapi nikmat bersama yang lebih asyik.

Klik link yang saya berikan di atas dan dapatkan panduan ini percuma dengan Pakej Ilmu Asmara mutlak untuk memuaskan suami anda sepenuhnya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.