Teknik Ciuman Kamasutra Untuk Puaskan Isteri – Bukan Ciuman Biasa

Kali ini saya memberikan ilmu teknik ciuman Kamasutra untuk membantu anda membuat isteri lebih ghairah dan bernafsu ketika berasmara.

Teknik ciuman kamasutra

Ciuman adalah satu teknik yang sering diabaikan ketika hubungan seks. Seringkali kita merendahkan kuasa ciuman dan jarang digunakan ketika berasmara.

Ramai yang menganggap ciuman hanya boleh digunakan ketika foreplay, atau ketika memulakan permainan asmara sahaja. Rugi sekali jika anda tergolong di dalam golongan sebegini.

Di bibir anda terdapat berjuta sel saraf yang boleh mempengaruhi nafsu seks Click To Tweet

Ini tidak termasuk faktor di mana bahagian bibir adalah antara bahagian yang paling sensitif pada badan kerana memiliki sensor yang amat peka pada ransangan.

Membuka kunci nafsu syahwat isteri anda akan menjadi mudah jika anda menguasai teknik ciuman yang sebenar.

Ilmu Ciuman Kamasutra

Di dalam kitab seks Kamasutra, diajarkan beberapa teknik ciuman yang boleh anda gunakan untuk memuaskan pasangan anda di dalam hubungan seks. Antara teknik ciuman kamasutra tersebut ialah:

Teknik Ciuman Kamasutra – Ciuman Pembuka

Jenis ciuman ini digunakan pada permulaan hubungan seks. Iaitu ketika melakukan foreplay awal. Ciuman pembuka dilakukan dalam keadaan tenang dan mesra.

Bibir berada di dalam keadaan tertutup, dan disentuh kepada bibir pasangan.

Lakukan ciuman ini dengan penuh kelembutan dan erotik. Ciuman pembuka ini tidak semestinya hanya boleh dilakukan pada bibir pasangan.

Ciuman ini juga boleh dilakukan pada bahagian badan yang lain seperti kening, leher, rambut, tangan dan bahagian sensitif yang lain pada pasangan anda.

Teknik Ciuman Kamasutra – Ciuman Kering

Teknik ciuman kering adalah lanjutan daripada ciuman pembuka. Teknik ini berbeza dengan ciuman pembuka, di mana bibir dibuka sedikit ketika bercium.

Bibir dibuka kerana anda akan menghembus sedikit angin ketika melakukan ciuman ini.

Buka sedikit bibir anda, hembuskan sedikit angin dan tempelkan bibir anda pada pasangan anda dengan lembut dan mesra.

Berhenti sebentar dan rasakan reaksi pasangan anda.

Ulang ciuman ini beberapa kali. Cuba lakukan ciuman ini di bahagian sensitif pada badan pasangan anda dan jangan terkejut dengan reaksinya.

Teknik Ciuman Kamasutra – Ciuman Basah

Berbeza dengan teknik ciuman kering, teknik ciuman basah dilakukan dengan bibir yang basah. Tetapi kuasa teknik ciuman ini bukan hanya terletak pada bibir yang basah.

Buka sedikit bibir anda dan basahkan bibir dengan lidah. Basahkan bibir anda sepenuhnya. Apabila bibir benar-benar basah, cium pasangan anda.

Dalam masa yang sama putarkan lidah anda perlahan sehingga menyentuh tubuh pasangan anda. Lakukan ciuman ini pada bahagian payudara, punggung dan paha pasangan anda untuk memberikan kenikmatan sepenuhnya pada si dia.

Banyak Lagi Teknik Ciuman Kamasutra

Terdapat pelbagai lagi teknik ciuman yang diajarkan di dalam kitab Kamasutra. Sayang sekali ramai yang tidak tahu akan kewujudan ilmu ini.

Ilmu seks hebat ini yang telah diamalkan sejak turun temurun oleh seluruh dunia jarang diamalkan oleh masyarakat melayu.

Jika anda benar-benar serius ingin mempelajari teknik-teknik ciuman ini untuk memberikan memuaskan isteri anda, anda boleh mendapatkan panduan Seni Ciuman yang diterbitkan oleh Info Seks Melayu.

Panduan ini akan mengajar anda bagaimana untuk menguasai teknik ciuman sebenar yang belum pernah anda ketahui wujud sebelum ini.

Dengan mempelajari dan menguasai teknik ciuman ini, mudah sekali untuk anda membuatkan isteri anda mengerang kenikmatan dan puas di dalam hubungan seks.

Klik di sini jika anda ingin memberikan kenikmatan berganda kepada isteri anda dengan teknik ciuman yang sebenar

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Tip Berkaitan

2 thoughts on “Teknik Ciuman Kamasutra Untuk Puaskan Isteri – Bukan Ciuman Biasa”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terbaru Terus ke Email Anda!

Masukkan Email anda di bawah dan dapatkan setiap tip terbaru terus ke inbox anda.